Pengenalan Bon Simpanan Singapura

Bon Simpanan Singapura diperkenalkan oleh Pemerintah Singapura pada tahun 2015 untuk menyediakan simpanan jangka masa panjang yang selamat dan fleksibel untuk individu.

Apakah Bon Simpanan?

Bon Simpanan ialah sejenis bon pemerintah khusus direka untuk individu. Ciri utamanya termasuk:

  • Selamat: Bon Simpanan dijamin sepenuhnya oleh Pemerintah Singapura dan ini menjadikannya sebagai salah satu pelaburan yang paling selamat. Tambahan pula, pelabur boleh menebus bon tanpa kerugian modal.
  • Jangka masa panjang: Anda boleh melabur sehingga sepuluh tahun, dengan jumlah faedah yang meningkat mengikut tempoh pelaburan. Apabila anda menyimpan lebih lama, pulangan anda juga lebih tinggi.
  • Penebusan fleksibel: Anda boleh memutuskan untuk keluar daripada pelaburan anda pada mana-mana bulan, tanpa penalti. Anda tidak perlu menetapkan tempoh pelaburan yang tertentu pada permulaan.

Bagaimana boleh saya beli?

Anda boleh membeli Bon Simpanan secara tunai atau dengan menggunakan dana Skim Persaraan Tambahan (SRS).

  • Untuk membeli Bon Simpanan secara tunai, anda perlu mempunyai akaun bank dengan DBS/POSB, OCBC atau UOB, dan akaun Sekuriti CDP (Central Depository) individu dengan Perkhidmatan Kredit Langsung (DCS) yang diaktifkan. Selanjutnya, anda boleh membeli Bon Simpanan melalui ATM atau Perbankan Internet DBS/POSB, OCBC atau UOB, atau aplikasi mudah alih OCBC.
  • Untuk membeli Bon Simpanan dengan menggunakan dana SRS, anda perlu mempunyai akaun SRS dengan salah sebuah Operator SRS (iaitu DBS/POSB, OCBC atau UOB). Selanjutnya, anda boleh memohon Bon Simpanan melalui portal Perbankan Internet Operator SRS anda.

Jumlah permohonan minimum ialah $500 dan setiap individu boleh memegang Bon Simpanan bernilai sehingga $200,000[1] pada satu-satu masa. Yuran permohonan sebanyak $2 akan dikenakan bagi setiap permohonan dan yuran ini tidak akan dikembalikan.

Permohonan Bon Simpanan dibuka pada hari perniagaan pertama dalam bulan dan ditutup pada hari perniagaan akhir ke-4 dalam bulan.

Maklumat Lanjut

Klik di sini untuk memuat turunkan lembaran fakta produk.

Untuk menghubungi kami, hantarkan e-mel dengan pertanyaan anda kepada savingsbonds@mas.gov.sg atau hubungi talian utama Bon Simpanan di 6221-3682.


[1] Bermula dari 1 Feb 2019, setiap individu boleh memegang Bon Simpanan bernilai sehingga $200,000 pada satu-satu masa. Sebelum ini, setiap individu hanya boleh memegang Bon Simpanan bernilai sehingga $100,000.